BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 21, 2011

SAHABAT SEJATI




"sebaik-baik sahabat sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"-(hadis riwayat al-Hakim)

"dari Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah SAW bersabda : "perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh anggota menjadi demam dan tidak bisa tidur"-(hadis riwayat Muslim)

"seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh dan tidak menghinakannya-(hadis riwayat Muslim)

"teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat mati"

"seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"-(hadis riwayat Abu Daud)

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT ANUGERAH ILAHI



7 golongan yang mendapat anugerah Ilahi. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasululllah SAW telah bersabda: " terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT, seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, 2 org yang berkasih sayang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT, lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kananya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT". Riwayat Muslim..
^_______^

JANGAN MUDAH MENYALAHKAN

LELAKI itu tidak adil..
LELAKI itu tidak boleh dipercayai kata-katanya..
LELAKI itu mudah berubah..
Namun pernahkah kita bertanya?
Adakah kita menerima dia kerana keadilannya..
Adakah kita menerima dia kerana boleh mempercayainya..
Adakah kita betul-betul memahami bagaimana sifat sebenarnya..
Namun yang PALING UTAMA adalah..
Apakah ADA HUBUNGAN serta IKATAN YANG HALAL antara kamu berdua..
Kiranya TIDAK ADA jangan semudahnya MENYALAHKAN saja..
BILA DIA BERBUAT SESUKANYA..
Kerana KAMU TIDAK ADA IKATAN yang KUKUH untuk MENJAMIN KAMU KEKAL BERSAMA..
JANGAN MUDAH MENYALAHKAN bila MENERIMA hanya SEBATAS PERASAAN sahaja..
JANGAN MUDAH MENYALAHKAN bila TIDAK PUNYA IKATAN YANG PASTI serta BERLANDASKAN AGAMA..
JANGAN MUDAH MENYALAHKAN bila TIDAK MENGENALINYA dari orang-orang yang MENGENALINYA serta TERPERCAYA..
Kiranya sebatas SANGKAAN dan KUASA CINTA saja..
BERDIAMLAH kerana itu lebih baik daripada MENYALAHKAN sesiapa..

Manusia itu UNIK dan TIDAK ADA SAMANYA kerana manusia itu punya AKAL serta KEHENDAK dalam kehidupannya..
Tanyakan dirimu sebelum MEMNUNUH semuanya sama seperti DUGAANMU..

Tuesday, December 20, 2011

5 JAMBATAN HIDUP


~> jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA

~> jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN

~> jambatan terkuat adalah: IMAN

~> jambatan termahal adalah: PENGORBANAN

~> jambatan terindah adalah KASIH SAYANG

AYAT KURSI

1. baca ketika keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi..

2. baca ketika masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu..

3. baca setelah berwhudu, darjatmu dinaikkan 70 tingkat..

4. baca ketika hendak tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam..

5. baca setelah solat, maka jarak kamu dengan syurga hanyalah kematian..

Ayat Kursi banyak kebaikannya.. bacalah selalu =)

Monday, December 19, 2011

SENYUMLAH =)


Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya??
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS??
BENDA manis pon ada tarikh luputnya tahu??
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak??
BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA??
BOLEH MENYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU??

KESAT air mata itu .. sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya AIR MATAMU lebih BERNILAI.. lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu, BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. yakin dengan JANJI ALLAH.. orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..
^__^

AMIN..

  • "AMIN" (alif dan mim sama-sama pendek), ertinya AMAN, TENTERAM..
  • "AAMIN" (alif panjang dan mim pendek), ertinya MEMINTA PERLINDUNGAN KEAMANAN..
  • "AMIIN" (alif pendek dan mim panjang), ertinya JUJUR TERPERCAYA..
  • "AAMIIN" (alif dan mim sama-sama panjang, ertinya YA TUHAN, KABULKANLAH DOA KAMI..

HATI


--->HATI bila disakiti, kita TAMPAL dengan rasa KESABARAN dalam DIRI..

--->HATI bila dikhianati, kita TAMPAL dengan rasa KEPASRAHAN pada ILAHI..

--->HATI bila ditakuti, kita TAMPAL dengan rasa KETAKWAAN, penebal DIRI..

--->HATI bila dijahili, kita TAMPAL dengan rasa KEILMUAN anugerah ILAHI..


JIKA SAAT INI

Jika saat ini..

Kamu sedang tersenyum..
Semoga senyum itu menjadi ibadah..

Kamu sedang marah..
Semoga marah itu tidak melampaui batas..

Kamu sedang sedih..
Semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati dan jiwa..

Kamu sedang letih..
Semoga penat itu menjadi penggugur dosa..

Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik daripada semalam dan waktu-waktu yang berlalu..

Semoga...
kebahagiaan dan keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan kehidupanmu... =)

PUTUS CINTA??

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah.. kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah baik belaka, walaupun belum terselah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah maha luas. Sesuatu yang kita cintai belum tentu memberi kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah, memang begitulah rahmat tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan dan termasuklah putus cinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

UNTUKMU SAHABAT..

bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat.. semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa.. Amin .. insyaAllah..

Sahabat..

carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
dan setiap KESABARAN pasti ada GANJARAN.
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat..

sekuat manapun dugaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap kepada Allahu Rabbi. jangan pernah berhenti berdoa kepada Ilahi.
kerana apa...?
kerana harapan adalah masa hadapan...kerana harapan adalah sumber kekuatan.
kerana apa...?
kerana doa adalah pintu kebaikan...dan kerana doa senjata orang beriman.

Sahabat..

tenang-tenangkanlah dirimu.
belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
sabarlah dengan ujian hidupmu.
kerana akhirat itu lebih utama..

AKU INSAN YANG HINA


setiap denyutan nadiku ada ENGKAU
mana mungkin aku dapat hindarkan ENGKAU dariku..

setiap kelemahan ENGKAU kuatkan,
bodohlah aku jika melupakan diri-Mu..

setiap kesulitan hidupku, ENGKAU senangkan,
mana mungkin aku melupakan-Mu..

setiap kesakitan ku, ENGKAU sembuhkan,
hina lah aku jika aku tidak tabah dan sabar , sedangkan sakit itu menghapus segala dosaku..

kerana aku INSAN HINA, 
sering lalai , sering terleka ..
aku jauh dari-Mu ,
sedangkan ENGKAU dekat denganku..

ingin aku jadikan engkau KEKASIH ku,

tapi layak kah seorang kekasih seperti ku , menjadi KEKASIH-MU,
sedangkan aku tidak pernah menghargai dan bersyukur dengan pemberian-Mu..

semua yang ku ada hanyalah pinjaman dari-Mu,
malunya aku menggunakan pinjaman ini dengan melanggar segala arahan-Mu,
namun ENGKAU TETAP MAHA PENYAYANG,
tidak pernah mengambil semula pinjaman yang telah engkau berikan..

ampuni aku TUHAN,
aku mohon sinarkan HATIKU dengan CINTA-MU,
agar aku tidak terkalih dengan CINTA DUNIA...

Friday, November 25, 2011

KERANA KAMI WANITA

kerana kami wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hati kami

kerana kami wanita
ingin disayangi itu fitrah diri kami

kerana kami wanita
mudah terpikat dengan akhlak seorang lelaki

kerana kami wanita
emosi selalu mengatasi logik akal kami

kerana kami wanita
air mata teman setia kami

kerana kami wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN

kerana kami wanita
kami damba pertolongan darimu wahai Adam
perliharalah bicaramu dengan kami
jangan bermain kata dengan kami
takut rosak hati kami

kerana kami wanita
akhlakmu menjadi ukuran di mata kami
perliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kamu burukkan darjatmu pada mati kami
takut rosak thiqohmu

kerana kami wanita
maka perliharalah dirimu daripada mencemuh kami
saat titisan jernih mengalir di mata kami
kerana itulah cara untuk kami
mengukuhkan perasaan kami 
supaya hati kami tenang kembali

kerana kami wanita
kami sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,,

kalau kamu sangka berpakaian selekeh itu 'cool'
hakikatnya kamu begitu buruk pada pandangan kami

andai kamu rasa 'usha' itu tanda kejantanan
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami


jika kamu fikir membelakangkan agama itu kemodenan
maka tiada lagi hormat untuk kamu dari kami

Friday, February 25, 2011

RENUNGKAN!!


bile kite syg org tu, kite tggu dye lame pon xpe, tp bile dye tggu kite??. dye mara2,
hati kate x pe...adat la menunggu dan ditunggu
<3 <3 <3
bile kite syg org tu, kite x tido pon xpe asalkan kite lyn dye, tapi time kite perlukan dy, dye hilang ntah kemane, hati kate xpe..dye bz kott..
<3 <3 <3
bile kite syg org tu, kite gado dgn dye , kite diam je , tp dye heboh satu dunie , hati kate xpe dye tgh tension tuu
<3 <3 <3
bile kite syg org tu , kite call dye , kite na ckp dgn dye , tapii..dye cam nak taknak je layan kite , bile jd camtu , xpe , hati kate dah syg kan , na buad cmne
<3 <3 <3
bile kite syg org tu , kite bercerite dgn dye , tapi kan , cite dgn tunggul lg best , tapi ble dye cite dgn kite ? kite dnga sepatah2 , igt n focus , law x . nnt kena mara , aty kate xpe , cinte pnye psl kan..
<3 <3 <3
bile kite syg org tu , kite sanggup bg dye rest , tapi bile kite letih , dye suruh jugak kite lyn dye , adil ke?? hati kate..ala, bkn selalu ponn
<3 <3 <3
bile kite syg org tuu , kte pntingkan dye jee , tp dy ? salu pntingkn kawan2 dr kite , hati kate..takpe dye mmg cam tu knelah trime
<3 <3 <3
bile kite syg org tu kite syg org tu , kite tak sanggup kehilangan dye , tapi dye x pernah hargai kite , hati kate , tauw tak btape kite syg dye??
<3 <3 <3
bile kite syg org tu , kite sggup tggalkn dye ngan org lain , tapi dye tauw pengorbanan yg kite dah buad? hati kate takpe janji dye bahagie
<3 <3 <3
bile kite perlukan dye dalam suka dan duka , ade dye kat sisi kite ? ada tak dye kat sisi kite ? ade x dye pahan kite ? ade tak dye tafsir sume bnde yg kite buad ntuk dye ? TAK !! hati kate xpe , tg pnting dye tauw kite sayangkn dye walau dye x pnah hargai
<3 <3 <3
kite nak dye tauw betape kite cintakan dye , tapi dye tak penah amek tauw , dri kate xpe, yg penting cukuplah walau hanye dpt tatap mke dye walau sekejap :'(

Friday, January 21, 2011

FIKIRLAH SEJENAK...

  • kesusahan hidup di dunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut jejak kafir di dalam mencari bukti...
  • iman dan islam itu tidak ada nilai andai kesempatan melaksanakan iman tidak diendahkan dengan alasan kesibukan dunia...
  • perangi dunia dengan akhirat,perangi manusia dengan kasih sayang,perangi syaitan dengan ibadat(sunnah hidup) dan perangilah nafsu dengan kesyukuran(ibadah)...
  • bala bencana berlaku di merata-rata tempat.apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya?apakah kita masih seronok dan leka?bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, January 16, 2011

HADIS

carilah hatimu sewaktu mmbaca al quran.
jika kamu tidak temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat
jika tidak diketemui,
cari hatimu ketika
duduk bertakafur..
(IMAM GHAZALI)

Saturday, January 15, 2011

"FRIENDS
Come in all sort of sizes and types
A friend might be skinny........
Or fat ............ or tall .......... or short........
Or big headed............. or has big TUMMY..........
Or is black............or afraid...............or white.............
Although friends come in many sizes and types
As long as they have..............
A smile, a sincere heart and a mind with good intentions"