BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 25, 2011

KERANA KAMI WANITA

kerana kami wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hati kami

kerana kami wanita
ingin disayangi itu fitrah diri kami

kerana kami wanita
mudah terpikat dengan akhlak seorang lelaki

kerana kami wanita
emosi selalu mengatasi logik akal kami

kerana kami wanita
air mata teman setia kami

kerana kami wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN

kerana kami wanita
kami damba pertolongan darimu wahai Adam
perliharalah bicaramu dengan kami
jangan bermain kata dengan kami
takut rosak hati kami

kerana kami wanita
akhlakmu menjadi ukuran di mata kami
perliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kamu burukkan darjatmu pada mati kami
takut rosak thiqohmu

kerana kami wanita
maka perliharalah dirimu daripada mencemuh kami
saat titisan jernih mengalir di mata kami
kerana itulah cara untuk kami
mengukuhkan perasaan kami 
supaya hati kami tenang kembali

kerana kami wanita
kami sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,,

kalau kamu sangka berpakaian selekeh itu 'cool'
hakikatnya kamu begitu buruk pada pandangan kami

andai kamu rasa 'usha' itu tanda kejantanan
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami


jika kamu fikir membelakangkan agama itu kemodenan
maka tiada lagi hormat untuk kamu dari kami