BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 1, 2013

SNE MIRACLE




"Setiap penyakit ada ubatnya. Jika ubat itu tepat, maka penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT. "
(Hadis Nabi SAW)


Produk-produk SNE mampu membantu anda. Sebarang pesanan mahupun pertanyaan, sila hubungi saya di talian 01114751339.
Marilah kita sama-sama berikhtiar untuk menjadi lebih sihat.


ANTARA PRODUK KELUARAN SNE MARKETTING




SNE CAPSULE
KOD PRODUK: 10022
KANDUNGAN: 500mg X 60 kapsul
NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: MAL20034169TCR
HARGA: RM 220.00


BEUTSKIN ESSENCE
KOD PRODUK: 10023
KANDUNGAN: 500mg X 60 kapsul
NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: MAL0831430TR
HARGA: RM 240.00


SLIMMERZ CAPSULE 
KANDUNGAN: 350mg X 60 kapsul
NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: MAL07082883T
HARGA: RM 350.00


ARTERCARDY ESSENCE
KOD PRODUK: 10022
KANDUNGAN: 500mg X 60 kapsul
NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: MAL08031424TR
HARGA: RM 230.00


WIS-D ESSENCE
KOD PRODUK: 10026
KANDUNGAN: 300mg X 60 KAPSUL
NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: MAL08031
HARGA: RM 220.00



EXCEL TEA
KOD PRODUK: 10003
BERAT: 3g X 30 paket
HARGA: RM 90.00


SEABUCK ACTIV
KODPRODUK: 10027
KANDUNGAN: 3g X 15 paket
HARGA: RM 90.00



REBOND ESSENCE
KOD PRODUK: 10034
KANDUNGAN: 500mg X 60 kapsul
NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: MAL11030124TR
HARGA: RM 242.00

VITAL ESSENCE
KOD PRODUK: 10036 TWIN PACK: 10036T
KANDUNGAN: 350mg X 10 kapsul
NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: MAL20040210T
HARGA: RM 220.00




Thursday, March 15, 2012

TANDA HATI SUDAH MATI



> mengaku kenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
> mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi mengabaikan sunah baginda.
> membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum di dalamnya.
> memakan nikmat-nikmat Allah, tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya.
> mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
> mengaku adanya nikmat syurga, tetap tidak beramal untuk mendapatkannya.
> mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
> mengaku kematian itu pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
> menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
> menghantar dan menguburkan jenazah saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Friday, February 3, 2012

FIKIRKANLAH =)


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
Bila kita jadi baik, ORANG MELUAT..

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata BERLAGAK ALIM..
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata  "ASTAGHFIRULLAH..APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?.."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
Bila kita langgar peraturan, ade orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS..
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KERJA ORANG LAIN NI WATPE?!"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

***dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah, sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pon masih ada lagi yang mengata..

Ingat pesanan ini: keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang kita fikirkan ialah pandangan Allah S.W.T terhadap kita.. bukannya  pandangan manusia terhadap kita ..


Friday, January 13, 2012

SIAPAKAH WANITA CANTIK ITU??

wanita cantik ialah..


dia melukis kekuatan melalui masalah..
dia tersenyum apabila tertekan..
dia tertawa saat hati sedang menangis..
dia tabah saat dihina..
dia mempersona kerana memaafkan..
dia mengasihi tanpa balasan..
dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi..

Tuesday, January 3, 2012

WAHAI MUSLIMAH




wahai muslimah...

jadikan POHON SEMALU sebagai contohmu..

YANG DURINYA..menjadi perisai diri..
pertahankan maruahmu sebagai wanita Muslim..

YANG DAUNNYA..menguncup saat disentuh..
Jadika sifat malu itu perhiasan diri..

YANG AKARNYA..kuat mencengkam bumi..
Kukuhkanlah ikatanmu bersama Rabbul Alamin..

=>tidak berbau wangi dan tidak menarik hati  .. maka, tiada kumbang yang akan memerhati .. kerana indahmu cukup 'tersembunyi'..


Wednesday, December 21, 2011

SAHABAT SEJATI




"sebaik-baik sahabat sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"-(hadis riwayat al-Hakim)

"dari Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah SAW bersabda : "perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh anggota menjadi demam dan tidak bisa tidur"-(hadis riwayat Muslim)

"seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh dan tidak menghinakannya-(hadis riwayat Muslim)

"teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat mati"

"seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"-(hadis riwayat Abu Daud)

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT ANUGERAH ILAHI



7 golongan yang mendapat anugerah Ilahi. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasululllah SAW telah bersabda: " terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT, seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, 2 org yang berkasih sayang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT, lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kananya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT". Riwayat Muslim..
^_______^