Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah.. kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah baik belaka, walaupun belum terselah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah maha luas. Sesuatu yang kita cintai belum tentu memberi kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah, memang begitulah rahmat tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan dan termasuklah putus cinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Monday, December 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment